Ahad, 1 September 2013

RUMAH TERBUKA 24 SYAWAL

Pekan Parit


Hari Sabtu
31 Ogos 2013
Hari Kemerdekaan ke 56
Bersamaan
24 Syawal 1434 Hijriah
Hari gembira bagi Muhammad Rashidi dan keluarga
Memberi makan kepada tetamu budaya ahli syurga
Menjadi kebiasaan orang Parit juga
Terkenal
Menghasilkan orang-orang berjaya di negeri Perak
Menjadi pegawai pegawai kerajaan di peringkat pusat dan negeri
Menjadi cita cita Rashidi
Menjadi tokoh korporat yang hebat
Yang dermawan
Bermotokan lawan tetap lawan
Dengan iman dan istiqamah
Dengan aqidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah
Dipimpin ulama yang beramanah
Diikuti umara’ yang bermaruah
Dijauhi saja Syiah
Hakikat ini difahami Rashidi
Dari hasil perniagaan beliau menabur bakti
Dari berkawan dengan ustaz-ustaz sekitar Ipoh
Di rumah terbuka sempena Hari Kemerdekaan
Rashidi anjurkan tazkirah
Menyedarkan tetamu tetamu tentang kehebatan Rasulullah
Bersatulah wahai umat Islam
Dengan iman dan ekonomi yang mantap
Ini yang diyakini Rashidi
Isi air dalam baldi
Lepas itu ambil wudhuk
Terima kasih Muhammad Rashidi
Korporat hebat yang tawaduk


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Sept2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan