Pada
fikiranku
PRU-12
berteraskan keikhlasan
Buah
langsat buah pulasan
Dua jenis buah tempatan
Sesama ahli penuh ikhlas
Tahaluf siyasi menguatkan Pakatan
Bersembunyi saja syaitan
Lima Negeri dikuasai Pakatan
Seronok ahli-ahli ketiga-tiga parti
Tiba-tiba Perak diketuai oleh Nizar sebagai M.B
Walaupun PAS ada 7 kerusi
Disinilah terbukanya mata aktivis-aktivis PAS
Tersentak bila berlaku rampasan kuasa oleh BN
Disebabkan 3 pengkhianat ADUN Pakatan Rakyat
Dua Melayu, satu Cina
Tindakan paling hina
Di akhirat juga pasti hina
Pendekkan cerita
PRU-13 tiba
Orang-orang kuat PAS masing-masing
Memasang cita-cita
Ada nak jadi M.B
Ada nak jadi Exco
Ada anak jadi Setiausaha Sulit
Ada nak GLC
Mulailah zaman kebendaan
Berlakulah seperti di Peperangan Uhud
Berebut-rebut
dengan ghanimah
Hilang
jiwa mutma’innah
Berlakulah
fitnah memfitnah
Ketepikan
“wala’ “
Wujudnya
“sabotaj
Sebenarnya
wujud penyakit wahann
Cinta
dunia dan takut mati
Oleh itu mari kita ketepikan
Tuduh menuduh
Mari kita amalkan ajaran Islam
Bangunlah solat malam
Kuatkanlah ilmu kalam
Di PRU-14 BN InsyaAllah tenggelam
Seperti kapal titanik di lautan dalam
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan