Khamis, 19 September 2013

HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 50



19 September 2013
Hari Khamis
Genaplah 50 tahun perkahwinan
Haji Abdul Wahab dan Puteh Kamariah
Semua ini dengan izin Allah
Mengatasi berbagai-bagai masalah
Diatasi dengan pertolongan Allah
Enam anak dihantar ke sekolah
Tiga lelaki
Tiga perempuan
Semua membesar dengan kehendak Tuhan
Mereka pula berumahtangga
Darinya Haji Wahab dan isteri
Dikurniakan Allah 9 orang cucu
Enam lelaki
Tiga perempun
Oleh kerana Haji Wahab berkebolehan
Dia terus mencuba poligami
Dengan isteri kedua Hajjah Piah
Mereka dikurniakan tiga anak perempuan
Dapat 5 cucu
Tiga lelaki
Dua perempuan
Untuk membalas jasa dan rahmat Tuhan
Haji Wahab dan Hajjah Piah
Menambah ilmu agama
Dengan menghadiri Kuliah Dhuha
Diatas bimbingan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi
Bertambah-tambah kecintaan
Mereka terhadap Islam
Keluar kalkatu di waktu malam
Mencari bahagia menemui lampu
Berpoligami dibenarkan oleh Islam
Tambah pula bila mampu
Keluarga aman tanpa tipu
Hal-hal akhirat saja ditumpu
Ini Haji Wahab telahpun tahu
Semangat jihadnya tetap jitu



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013



Tiada ulasan:

Catat Ulasan