Selasa, 3 Julai 2012

TERBIAR ANAK ISTERI




Hari ini
Manusia jadi berani
Merompak hak rakyat gerombolan kroni-kroni
Bukan dari Yahudi atau Nasrani
Kekayaan dunia mereka cari
Terbuka aurat anak isteri
Membeli belah di luar negeri
Banglo besar di dalam negeri
Bila Izrail mari
Muka pun pucat lesi
Disebabkan korupsi
Disebabkan konspirasi
Disebabkan kolusi
Kelabu isi hati
Hatipun mati
Altantuya pun mati
Dua kekasih melepaskan diri
Wang komisyen diingkari
Nasib warga Mongolia
Bila berkawan dengan buaya
Nampak kaya raya
Akhlak pula kelas dua
Di akhirat kecewa
Dosa dibawa
Baru pandan muka
Menanti saja Neraka



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan