Isnin, 16 Julai 2012

TAZKIRAH


Tazkirah
Bererti peringatan
Bahaya budaya syaitan
Berpoya-poya lelaki perempuan
Berleluasa di Barat
Berkonsert di atas pentas
Penonton di peringkat bawah
Bergeloralah nafsu amarah
Beredarlah dadah
Aurat penari-penari terdedah
Para kapitalis dapat faedah
Orang tengah dapat faedah
Orang bawah
Dapat kuah
Dibiarkan negara musnah
Eloklah dengar tazkirah
Bawa buku
Bawa pen
Bawa pensel
Dengar apa yang diucap
Tulis apa yang didengar
Baca apa yang ditulis
Mengelupur Iblis
Bila rakyat faham
Bila rakyat beramal
Bila rakyat ikut Al-Quran
Bila rakyat takutkan Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan