Isnin, 30 Julai 2012

SELAWAT KE ATAS NABI SAW


Jasa Nabi SAW terlalu banyak
Musuhnya semua kena lanyak
Abu Jahal putus kepala di Badar
Dibawa kepalanya
Oleh Abdullah bin Mas’ud kepada Nabi
Di sisi Nabi ada Ammar bin Yasir
Kata Nabi kepada Ammar
”Inilah orang yang membunuh ibu ayah kamu,
Sekarang dia mati dalam keadaan merugikan”
Inilah pengajaran
Bagi pejuang kebangsaan
Bagi pejuang perkauman
Berjuang tanpa iman
Pentingkan hanya kebendaan
Seperti ulat bulu panjat durian
Sedap di dunia rugi di hari kemudian
Berbeza bagi yang beriman
Berselawat kepada Nabi SAW di setiap keadaan
Dapat ketenangan
PRU13 menanti kemenangan
Rakyat dapat kebajikan
Negara berada dalam kemakmuran dan keamanan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Jul2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan