Ahad, 22 Julai 2012

PELUANG UNTUK BERUBAH




Tahun demi tahun umat Islam dari keturunan Melayu berpuasa Ramadhan. Soalannya adakah telah mencapai maqam “taqwa’ Diri kita sendiri boleh merasainya ataupun menilainya secara jujur dan ikhlas. Perlu diingat Allah mengetahui apa yang kita kerjakan di bumi Malaysia, sebuah negara Persekutuan yang mengandungi 13 buah negeri ,11 di Semenanjung dan 2 di Pulau Borneo. Ini bererti ada Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan Negeri dipilih melalui sistem demokrasi Berparlimen Beraja dan Berpelembagaan yang didiami 28 juta rakyat Malaysia.  Bila dicampur dengan rakyat-rakyat asing tentulah lebih ramai lagi .

Mereka ini datang untuk mencari rezeki dan sanggup bekerja apa saja walaupun dengan gaji yang murah.  Ini secara tak langsung peluang pekerjaan bagi warga Malaysia sudah berkurangan.  Bila tak ada kerja tapi ada pula nafsu, berlakulah gejala sosial yang semakin merunsingkan.  Dalam keadaan sebegini rupa datanglah bulan Ramadhan yang menawarkan bukan gaji atau duit tetapi ”taqwa’, maka berlumba-lumbalah orang-orang beriman untuk mendapatkan ’taqwa’ melalui berpuasa Ramadhan yang juga termasuk di dalamnya rahmat dari Allah; keampunan daripada Allah dan terlepas daripada azab neraka di akhirat nanti.

Untuk hendak mendapat bonus istimewa (taqwa) dari Allah setiap kita mesti ubahkan rutin hidup kita dengan terlebih dahulu melaksanakan maksud Akujanji dalam doa iftitah sewaktu solat wajib dan solat-solat sunat iaitu” sesungguhnya solatku, ibadatku; hidupku; dan matiku adalah untuk Allah; Tuhan semesta alam”.

Bila ini diterima oleh pemikiran kita atau minda kita maka kita kena katakan kebenaran Islam kepada manusia walaupun melalui prosa dan puisi. Cara mudahnya semasa tazkirah di bulan Ramadhan bawalah pen/pensel dan buku untuk mencatit apa yang didengar daripada ustaz yang menyampaikan peringatan itu.Setelah mendengar dan mencatat isi kandungan nasihat agama bacalah bila balik ke rumah untuk difahami dan tindakan seterusnya adalah beramal dengan mutiara agama Islam yang indah dan benar ini.


          Nampak hijau daun pandan
                   Tumbuh subur ditepi kolam
          Nikmat berada di bulan Ramadhan
                   Dimanfaatkan oleh umat Islam



Ramadan1433/Jul2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan