Selasa, 24 Julai 2012

BELUM BERSEDIA

Mari kita ubah di PRU-13


Malaysia
Sebuah negara demokrasi Berparlimen
Beraja dan Berpelembagaan
Ini dalam buku
Ini teori
Dalam amalannya
Berbeza
Disebabkan Malaysia belum bersedia
Selama 54 Tahun negara kita belum demokratik
Parlimen jadikan alat ekesutif
Parlimen dibawah telunjuk P.M
Dewan Negara ikut Dewan Rakyat saja
Lulus di D.R lulus di D.N
Belum bersedia mengadakan pilihanraya tempatan
Boleh
Bila berkuasa Pakatan
Tentulah melalui PRU-13
Tentulah yang bersih
Tentulah kabinet yang beramanah
Tentulah Peguam Negara yang berwibawa
Tentulah Speaker yang berkecuali
Tentulah SPR bebas
Tentulah KPN orang bertaqwa
Tentulah SPRM bermaruah
Bebaslah negara dari rasuah
Perlu diubah
Dengan iman dan istiqamah
Baru orang kampung dapat isi dan kuah
Baru hak-hak kerajaan Negeri dihormati
Baru agama Persekutuan di daulatkan
Baru perpaduan kaum wujud
Bila Ketua Negara
Beramal seperti Umar Abdul Aziz
Baru nasib rakyat miskin terbela
Baru pimpinan di atas dapat pahala
Menanti saja syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan