Ahad, 8 Julai 2012

IFTAR PERDANA




Bulan Syaaban; Bulan kelapan
Dalam kalender Islam
Bila ini diketahui
Gerombolan perkauman dijauhi
Dengan ilmu dilengkapi diri sendiri
Sedar ilmu perlu dicari
Ada di Kuliah Maghrib
Ada di Kuliah Dhuha
Perlu hanya usaha
Perlu
Pada mulanya dengar
Dengar dengan telinga
Beritahu juga kepada keluarga
Menulis apa yang didengar
Mudah hilang kejahilan tegar
Bila baca jiwapun segar
Berfaedah dengar; tulis dan baca
Daripada Al-Quran dapat cahaya
Cahaya kebenaran
Didalamnya banyak pengajaran
Pertama tentang kehebatan Tuhan
Jauhi segala tegahan
Dengan ilmu dan iman
Beramal
Dicari rezeki yang halal
Dengan usaha sendiri
Yang halal diberi makan kepada anak dan isteri
Mudah keredhaan dicari
Bila ini dimiliki
Setiap famili
Membuat yang maaruf
Mencegah yang mungkar
Budaya jahiliah akan terbakar
Budaya asobiyah akan tenggelam
Seperti kapal Titanic di lautan dalam
Yang timbul hanya Islam
Lihat di Tunisia; lihat di Mesir
Teruskan
Dengar; tulis; baca; faham dan amal
Minda jadi ceria; hati jadi gembira
Nafsupun ikut serta
Jadilah insan yang sukacita         
Di akhirat menanti syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan