Selasa, 10 Julai 2012

PILIHLAH SATU




I                

Manusia
Ada dua perbuatan
Yang diredhai Allah
Yang diizinkan Allah

II

Yang diredhai Allah
Yang ikut Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Jauh daripada tersasul
Aqidahnya betul
Semuanya betul
Amalannya betul
Aqidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Ikut
Al-Quran dan As-Sunnah
Beramanah
Bila pegang jawatan
Bila berkuasa
Membela rakyat jelata
Cara halal mengumpul harta
Bersih dalam pilihanraya
Bermaruah dalam setiap lapangan kehidupan
Bersolat berjemaah setiap waktu
Berpolitik ikut syariat Islamiah
Bergerak dalam jemaah
Menyeru yang maaruf
Mencegah yang mungkar
Sentiasa
Beriman dan istiqamah
Mencintai Allah
Mencintai Rasullullah

III


Yang diizinkan Allah
Ini golongan rugi
Bertindak seharian
Ikut nafsu sahawat
Suka maksiat
Suka wanita Mongolia
Suka berbelanja duit rakyat
Membudayakan
Budaya samseng
Solat berjemaah jarang sekali


Ikan keli ikan puyu
Malang nasib orang Melayu
Ikut pimpinan berotak kalkatu
Dengan keris telanjang disuruh bersatu

Majoriti rakyat dah tahu
Kali ini rakyat tak mahu


          Ikan kembung ikan pari
                   Mudah terperangkap dalam pukat
          Keredhaan Allah ingin cari
                   Dengan keadilan akan berpakat

Harap-harap diterima taubat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan