Jumaat, 6 Julai 2012

PROJEK LEBUH RAYA RAKYAT


Lebuhraya ini dinamakan sebagai Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Kerai.  Kos pembinaan lebuhraya tanpa tol ini dianggarkan menelan belanja RM1.8 bilion dan akan dibina sejauh 73km dengan 4 lorong 2 hala serta dilengkapi kawasan R&R.  InsyaALLAH tempoh pembinaan akan mengambil masa selama 3 tahun.


Malaysia
Sebuah Negara Persekutuan
W.P Kuala Lumpur dan Labuan
Serta
Tiga belas negeri
Bergerak ikut Perlembagaan Negeri
Di peringkat Pusat
Ada Perlembagaan Persekutuan
Dinyata hak-hak Kerajaan Pusat
Dinyata hak-hak Kerajaan Negeri
Dinyatakan juga hak bersama
Ada jalan Persekutuan
Ada jalan Negeri
Ada lebuh raya swasta
Lubuk kroni-kroni mengumpul harta
Rakyat marhaen terus menderita
Pembayar tol berdukacita
Perjanjiannya menguntungkan kroni-kroni pihak berkuasa
Jelas menyalahguna kuasa
29 Mei 2012 tibalah masa
Negeri Kelantan mengejutkan semua
Melancarkan projek Lebuh Raya Rakyat
Dari Kota Bahru ke Kuala Krai
Bernilai
RM 1.8 bilion
Daripada Allah kita memohon
Lebuhraya sepanjang 73 KM dijayakan
Dengan duit rakyat
Dengan bersih niat
Dengan doa rakyat
Kerja kebajikan dibuat
Usaha Tok Guru yang cermat & berbakat
Untuk rakyat
Sanggup buat
Lebuh Raya Empat Lorong
Puak asobiyah pandang serong
Juga gerombolan keris tak bersarung
Menyesal bila mayat diusung
Mengamalkan dasar politik Machiavelli
Dianaktiri Kerajaan Negeri 
Tapi
Tok Guru bersemangat berapi-api
Mahu rakyat kecapi
Kebaikan keindahan Lebuhraya
Dengan izin Allah boleh berjaya
Mudah lagi bila Pakatan kuasai Putrajaya
Dihapuskan tol-tol di Lebuhraya
Diturunkan harga petrol
Dihapuskan PTPTN
Dilaksanakan Buku Jingga
Berkebajikan kepada keluarga-keluarga
Orang-orang beriman terang jalan ke syurga
Sambil memandu di Lebuhraya
Dari Kuala Krai ke Kota Bahru
Dengan semangat baru:


Tanjong Katong airnya biru
Tempat pelancong datang berehat
Berpandangan jauh Tok Guru
Jiwa rohaninya sangat sihat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan