Rabu, 4 Julai 2012

NOMBOR 13 YANG DIGERUNI




Mulai dengan Nombor Satu
Tadbir negara dengan bermutu
Melepasi taraf otak kalkatu
Nikmat dunia saja diburu
Angin menderu; Dahan jatuh ditimpa batu
Jalan jauh berbatu-batu
Dimulai dengan langkah pertama
Hidup mengikuti agama
Baru hidup bermakna
Nilai-nilai mulia dibina
Benar pada perkataan
Amanah di setiap keadaan patut jadi pegangan
Buat suruhan tinggal larangan
Pisang emas pisang berangan
Bawa berlayar dengan kapal
Menegak keadilan ada halangan
Perlu iman dan tawakkal
Nombor dua; Nombor tiga
Betul aqidah boleh ke syurga
Nombor empat
Betul aqidah syurga pun dapat
Nombor lima
Bangunlah Islam bersama-sama
Nombor enam
Aqidah sunnah ditanam
Nombor tujuh; Nombor lapan
Sokong Jingga cerah masa hadapan
Nombor sembilan
Penuh ranjau di sepanjang jalan
Nombor sepuluh
Di empat negeri gerombolan perkauman mengeluh
Nombor sebelas
Berwiridlah dengan surah Al-Ikhlas
Nombor dua belas
Budi baik hendaklah dibalas
Nombor tiga belas
Nombor puaka bagi manusia berjiwa Barat
Bila bersih pilihanraya inilah alamat
Kuasa BN akan tamat
Nombor 13 yang kaparat
Bagi manusia berjiwa Barat
Gembira pula seluruh rakyat
Perubahan mereka dapat
Senyum saja Hang Jebat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan