Sabtu, 28 Julai 2012

KEBAIKAN DENGAR TAZKIRAH




Berfikir
Sambil berzikir
Untuk membantu golongan fakir
Dengan merasai kesusahan hidup mereka
Melalui puasa Ramadhan
Bila ini diketahui pihak atasan
Allah akan beri balasan
Negara akan aman
Negara ditadbir yang beramanah
Baru penjawat-penjawat awam hidup bermaruah
Dengan iman menjauhi rasuah
Solat tarawih pula berjemaah
Sanggup dengar tazkirah
Dengar dengan penuh teliti
Tulis apa yang penting
Baca bila balik ke rumah
Ceritakan kepada orang rumah
Faedah dengar tazkirah
Bila faham isi ceramah
Beramal bersama-sama jemaah
Tentulah berakhir fahaman Assobiyah
Jangan biarkan bangsa merasuah
Daripada rasuah hidup mewah
Lupa ada kehidupan bawah tanah
Bila ini disedari
Keredhaan Allah saja dicari
Baru negara ditadbir pimpinan bijak bestari


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Jul2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan