Ahad, 1 Julai 2012

BUKAN BUDAYA KITA




Bila diajak berdebat
Dia jawab lambat-lambat
Ikan keli ikan limbat
Dua jenis ikan darat
Dengan Altantuya hati tertambat
Menghidupkannya tiada Qudrat
Menghadapi PRU-13 hati tak larat
Langsai di Semenanjung Barat
Sabah pun tenat
Sarawak pun berat
Berdebat dengan wirawan perkara berat
Diketahui rakyat
Kebolehan si dia terhad
Pencabarnya terus berjihad
Berceramah ke seluruh negara
Pernah di penjara
Bila ceritakan penjara
Terkeluarlah cerita
Nelson Mandela
Keluar penjara jadi Presiden Afrika Selatan
Inilah hasrat Pakatan
Ketua Pembangkang jadi PM ke 7
Kroni-kroni mengeluh
Menanti penjara Sungai Buluh
Dengan ilmu amalan disuluh
Rakyat Mesir gembira sungguh
Presiden mereka juga bekas banduan
Daripada jemaah Ikhwan
Anwar juga berkebolehan
Menjadi P.M yang berwibawa
Dengan kabinet yang beramanah
Selamat negara
Senyum Altantuya dari kubur
Parti-parti perkauman pun lebur


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan