Selasa, 31 Julai 2012

ULAMA MUDA


Ulama muda
Mudah diperkuda
Niat baik memang ada
Mahu membetulkan dari dalam
Mahu selitkan unsur-unsur Islam
Berbincanglah setiap malam
Payah kita faham asobiyah sangat dalam
Dalam Laut Merah Firaun tenggelam
Dengan ulama muda pun tenggelam
Oleh tawaran kebendaan
Daripada pihak pemerintah
Yang penasihatnya Yahudi
Syarikat APCO Worldwide
Yang penting jaga imej boss
Yang penting parti sekular
Terus menipu rakyat
Dengan slogan muluk-muluk
”Kita kena jaga Islam”
”Kita kena jaga Melayu”
Ulama muda pun layu
Dengan asakan Wasitah
Kenyanglah lintah-lintah darat
Tertipulah rakyat
Dengan slogan 1Malaysia
Datang K-Pop diam ulama muda
Tergoda nafsu kuda
Puncanya satu saja
Niatnya keduniaan
Terhaluslah iman
Bila kekal menyokong parti perkauman
Inilah keadaan
Yang perlu diperbetulkan
Oleh
Iman dan Islam


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Jul2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan