Isnin, 23 Julai 2012

AKAL YANG SIHAT




Akal
Berguna bila kuat bertawakkal
Berani tolak pemimpin nakal
Daripada tipudaya kuasa terus kekal
Minda
Dengan ilmu kenal propaganda
Sokong bangsa walaupun zalim adalah satu bentuk propaganda
Dosa terkumpul berlipat ganda
Terkorban ramai anak-anak dara
Di tangan lelaki durjana
Budaya mungkar terus dibina
Orang kampung terus hina
Hidup papa kedana
Masih menyokong yang lama
Menolak pimpinan agama
Lupa kehidupan akhirat itu lama
Disebabkan minda di takuk lama
Bila datang Ramadhan terbuka peluang menolak neraka
Dengan menguatkan iman
Dengan menambahkan ilmu pengetahuan
Dengan mengikuti Al-Quran
Berfungsilah akal
Bergeraklah badan
Memanfaatkan bulan Ramadhan
Tumbangkan taqrut dan ikut kehendak Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadan1433/Jul2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan