Jumaat, 20 Julai 2012

EMPAT SYARAT WAJIB BERPUASA


Pertama
Beragama Islam
Belajar dan faham ilmu kalam
Bangun solat malam
Bila bertemu memberi “salam’
Indahnya Islam
Kedua
Sudah baliqh
Sudah dewasa
Berniat sebelum berpuasa
Di bulan Ramadhan yang mulia
Berkenal-kenalan sesama manusia
Boleh berkawan Melayu, India dan Cina
Semuanya berguna
Membangunkan negara
Jauhi daripada angkara
Manusia berjiwa buaya
Daripada manusia cakap tak serupa bikin
Ketiga
Berfikiran waras
Tauhid jadi teras
Fekah dipelajari
Tassauf dihayati
Syurga dinanti-nanti
Dengan amalan berkualiti
Keempat
Ada kemampuan untuk berpuasa
Dengan puasa sunat
Hari Isnin dan Khamis
Diperbanyakkan puasa sunat
Di bulan Rejab
Di bulan Syaaban
Kerana Islam sanggup berkorban
Dengan kemantapan ilmu
Menuntut ilmu tak jemu-jemu
Oh! Indahnya ajaran wahyu
Sayangnya dijauhi ramai pimpinan Melayu
Nampak hebat berotak kalkatu


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan