Rabu, 18 Julai 2012

RAKYAT BERSUKACITA

menanti penzalim, perompak dan yang korup dipenjara


Mari dengar suatu cerita
Dia ingat semua orang buta
Baginya
Ingin jadi kaya
Biarpun penyangak kekal di Putrajaya
Dia menyatakan
Partinya penyelamat bangsa
Katanya lagi
Tak sokong partinya Melayu akan rugi
Dia lupa rakyat dah tahu
Gerombolan UMNO memang penipu
Harta negara mereka sapu
Dia mahu pelapis-pelapis hanya mengampu
Dia mahu orang kampung terus dikudakayu
Ke sana ke mari dia merayu
Menggunakan slogan ”Ketuanan Melayu’
Rakyat sedar ini hanya tipudaya
Sudah 54 tahun terpedaya
Kali ini
PRU-13 lain pula
Undi yang mendatangkan pahala
Ambil bila diberi gula-gula
Undi tetap Bulan; Roket dan Mata
Rakyat akan bersukacita
Bila Pakatan Rakyat kuasai Putrajaya
Boleh laksanakan Buku Jingga
Bergembira seluruh keluarga
Bila penzalim
Bila perompak
Bila penjenayah
Bila yang korup
Didakwa dan dipenjara



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1432/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan