Jumaat, 13 Julai 2012

MENANTI RAMADHAN




Bagi umat yang sedar
Bila tiba bulan Rejab
Sentiasa berdoa kepada Allah
Semoga umur sampai ke bulan Ramadhan
”Wahai Allah berilah kebaikan
kepada bulan Rejab dan Syaaban
dan sampaikan umur kami ke bulan Ramadhan”
Bulan yang sangat mulia
Di malamnya
Ada
Malam Lailatul Qadar
Pahalanya lebih daripada seribu bulan
Tapi wujud ranjau di sepanjang jalan
Daripada Rasullullah ambillah teladan
Sepanjang hari dan malam
Terakhir
Beriktikaf di masjid
Ikutilah guru-guru mursyid
Jadilah mujahid
Tumbangkan perasuah dan pengkhianat
Di negara tercinta
Dengan iman dan taqwa
Inilah modal di Ramadhan kali ini
Daripada puasa ini jadi berani
Berani menentang puak korupsi
Dengan semangat seperti Saidina Ali
Dengan jihad syurga dibeli


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan