Khamis, 12 Julai 2012

EMPAT NEGERI CONTOH TERBAIK




Cukuplah
Menimbulkan berbagai masalah
Membelakangi perintah Allah
Kali ini mahu ubah
Pemikiran rakyat dah berubah
Terlalu banyak rasuah
Di sana sini pecah amanah
Lupa datuk mereka dah masuk tanah
Lupa opah mereka dah masuk tanah
Lupa akujanji di alam roh
Mahu buat yang disuruh
Bila berkuasa
Menyalahguna kuasa
Bercakap berbalik-balik bahasa
Penderitaan rakyat dah rasa
54 Tahun digula-gulakan tentang
”Ketuanan Bangsa”
Gerombolan bangsawan yang hidup mewah
Tentulah
Melalui rasuah
Melalui pecah amanah
Bila hadir di ceramah
Bila dengar
Bila dibandingkan
Ucapan dan tindakan
Mereka jelas
”Cakap tak serupa bikin’
Rakyat mulai kurang yakin
Bila baca
Harakah dan Suara Keadilan
Nampaklah jalan
Mahu pertukaran
Di peringkat Kerajaan Persekutuan
Dikuasai kumpulan agamawan
Disertai kumpulan keadilan
Menjanjikan perubahan
Bukan saja janji
Boleh lihat di 4 negeri
Dipimpin pimpinan bistari
Duit rakyat tak dicuri
Kebajikan rakyat diutamakan 
Ada di Kelantan
Ada di Kedah
Ada di Pulau Pinang
Ada di Selangor
Semoga mereka panjang umur
Kehidupan rakyat aman dan maamur
Ketua kerajaan di 4 negeri semakin masyhur
Kepimpinan mereka tersohor
Tok Guru Nik Aziz
Ustaz Azizan
Lim Guan Eng
Khalid Ibrahim
Berakhlak  dalam pimpinan
Bersederhana di setiap keadaan
Rakyat bawahan
Dapat kebajikan
Semoga maju ke Peringkat Persekutuan
Semoga Putrajaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat
Didoakan rakyat yang berjiwa sihat



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan