Isnin, 9 Julai 2012

BAYANGAN DI AKHIRAT NANTI


 "Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat".
(Surah Al-Isra', ayat 72)


1

Bayangan pertama
Disoal apa yang telah
Dilakukan semasa hidup di dunia
Dari mana dapat duit
Ke mana duit dibelanjakan
Beli pasukan ternama EPL
Liga Perdana Inggeris
Terguris
Hati orang-orang miskin
Dengan penzalim sudah tidak lagi yakin
Dengan Buku Jingga mula yakin
Ubat bagi golongan miskin
Tumbangkan dulu golongan bangsawan
Yang keduniaan


11

Bayangan kedua
Dibukakan Buku Catitan
Sokong BN atau Pakatan
Tolak parti syaitan
Tolak golongan bangsawan
Berbudaya haiwan
Makan; tidur dan seks
Melihat banyaknya dosa
Baru terasa
Salahnya menyalahguna kuasa
Baru sedar Allah Maha Kuasa


111


Bayangan ketiga
Menonton rakaman video
Gambar sedang berseronok
Di kelab-kelab malam
Gambar berpoya-poya dengan aktres tempatan
Baru sedar ini perbuatan syaitan
Baru nak sokong Pakatan



IV


Bayangan ke atas semua perbuatan
Di dunia dipamerkan
Guna undi tipu
Untuk menang pilihanraya
Songlap duit Kementerian
Songlap duit Jabatan
Termasuk Jabatan Agama Islam
Tipu umat Islam


V


Bayangan kelima
Dilakukan Allah
Dengan adil dan saksama
Untuk yang ikut agama
Berjuang dalam jemaah bersama-sama
Mentadbir negara ikut agama
Mentadbir negeri ikut agama
Terbayang syurga
Indahnya syurga
Nikmatnya syurga
Seronoknya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan