Sabtu, 7 Julai 2012

INGATAN KEPADA SYAITAN




Musuh manusia
Kata Quran ialah syaitan
Mahu manusia berbuat kejahatan
Salahgunakan kuasa bila berjawatan
Diperkudakan anak watan
Dikayakan rakan-rakan
Dengan projek-projek kebendaan
Diluluskan di Parlimen
Ada majoriti ahli-ahli Dewan
Boleh buat apa saja
Digertak musuh politik dengan ISA
Akta Keselamatan Dalam Negeri
Bila berada di rumah takutkan isteri
Takut berpoligami
Tapi berseronok di Hotel mewah
Duit berlebihan datang daripada kroni-kroni
Bukan rasuah tapi komisyen
Kata ulama ”su' ”
Direstui sesetengah yang pencen
Kehidupan akhirat kurang yakin
Dasar asobiyah jadi pemangkin
Biarpun rakyat marhaen tetap miskin
Berhadapan inflasi yang menyusahkan
Berhadapan globalisasi
Iman jadi lesu-lesi
Terbuka ruang dengan berjudi
Senyum saja Yahudi
Bila rosak muda mudi
Bila dayus pimpinan politik tertinggi
Dunia akhirat Melayu rugi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan