Khamis, 5 Julai 2012

TANGISAN RAKYAT




Rakyat
Di negara merdeka
Perlu diselamatkan dari neraka
Daripada pimpinan
Suka bermuka-muka
Daripada pimpinan
Suka berslogan
”Nanti kita hilang kuasa”
”Susah nasib orang Melayu”
Dipercayai manusia berotak kalkatu
Dalam gerombolan perkauman sanggup bersatu
Dalam kemungkaran sanggup bersatu
Dalam kemaksiatan rela bersatu
54 tahun masa berlalu
Sedikit demi sedikit rakyat mulai tahu
Daripada majlis ilmu
Kebaikan ajaran wahyu
Dengannya orang Arab maju
Dengannya bahasa Arab terus maju
Bila ini diketahui orang Melayu
Fahaman asobiyah ditolak ke tepi
Di akhirat menanti api
Bagi munafik sejati
Abdullah Ubai dah mati
Pengikut-pengikutnya banyak hari ini
Menguasai ekonomi kroni
Rakyat susah kerana inflasi
Harga barang-barang terus naik
Gejala jenayah juga naik
Kecurian di sana sini
Rompak di sana sini
Anak tak sah taraf di sana sini
Lelaki berjawatan takutkan bini
Bawa K-Pop ke negara ini
Naik nafsu belia-beliawanis
Berleluasalah perzinaan
Menuju kemusnahan
Disedari rakyat yang berilmu pengetahuan
Disedari rakyat yang beriman 
Mahu pertukaran penguasa di peringkat persekutuan
Dibayar dengan tangisan 
Dibayar dengan kefahaman 
Bahayanya fahaman perkauman
Rakyat bawah kesusahan
Hidup mewah golongan bangsawan
Ini perlu dilawan
Dengan iman
Dengan keadilan
Dengan perpaduan
Dengan kesederhanaan
Diketahui pimpinan berwawasan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan