Rabu, 11 Julai 2012

SEMACAM DI SYURGA



Semasa hidup
Lakukan yang baik-baik
Lakukan ikut kehendak Tuhan
Jauhi segala tegahan
Dengan ilmu pengetahuan
Dengan iman
Dengan membetulkan niat di setiap keadaan
Baru dapat keredhaan Tuhan
Baru di akhirat ada harapan
Menanti nikmat yang berkekalan
Mengatasi ranjau disepanjang jalan
Memperbanyakkan bacaan
Terutama Al-Quran
Juga terjemahan
Disuruh melancong
         
Tanjong Katong airnya biru
                   Tempat kekasih menjamu mata
Bila rakyat datang menderu-deru
                   Tanda menolak golongan pendusta

Daripada rasuah kumpul harta
Dalam alam siber banyak cerita
Ambil yang berguna
Hosni Mubarak sekarang hina
Zen Abidin sekarang hina
Sebelum Musim Bunga Arab tinggal di istana
Kebangkitan rakyat Arab di Timur Tengah
Pimpinan rasuah termengah-mengah
Banyak dosa kepada Allah
Menzalimi ummah
Masa beredar
Rakyat marhaen mula sedar
Islam saja penyelesaiannya
Laksanakan bila kuasai Putrajaya
Dengan Jemaah Menteri berwibawa
Dengan ulama berwibawa
Dengan Mufti-mufti berwibawa
Dengan melaksanakan Buku Jingga
Hidup di Malaysia umpama syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1433/Julai2012





Tiada ulasan:

Catat Ulasan