Isnin, 8 April 2013

TAKUT KERANA SALAH





Semua manusia
Ada akal
Ada nafsu
Ada hati
Pastinya semua akan mati
Mati semasa menipu pilihanraya
Mati yang merugikan
Mati semasa menentang kezaliman pemerintah
Mati yang mulia
Syarat utama
Betul aqidahnya
Elok kuasai Putrajaya
Bermanfaat kepada rakyat jelata
Semua rakyat berkata-kata
Keburukan kerajaan lama
55 tahun lebih memperdaya
Kroni-kroni kaya-raya
Suku sakat kaya-raya
Inilah budaya ’buaya’
Dalam kubur menanti seksa
Demi masa
”sesungguhnya manusia di dalam kerugian”
Firaun di hadapan
Qarun di hadapan
Haman di hadapan
Abu Jahal di hadapan
Abdullah bin Ubai di hadapan
Pengikut tegar mereka pun
Susah di masa-masa hadapan



HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
JAwal1434/Apr2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan