1 Anak kijang didalam hutan
Mati dimakan serigala betina
Berdendam itu budaya syaitan
Budaya Hedonis mahu dibina
2 Orang hulu meroboh kota
Bila menjala dapat haruan
Berhati-hati bila berkata-kata
Dengan ulamak pula berkawan
3 Limau manis tumbuh rendang
Satu pokok condong ke paya
Ulama akhirat selalu diundang
Memberi tazkirah jadi kerjaya
4 Sapu tangan corak pelangi
Hilang terlipat dibalik pintu
Di akhirat penzalim pasti rugi
Menang dengan pengundi hantu
5 Anak India menjual kain
Sama dengan cindai sutera
Mentadbir negara jangan main-main
Di akhirat semua diambil kira
6 Limau purut lebat dipangkal
Selasih kembang dengan
uratnya
Menghadapi penzalim kena bertawakkal
Dengan iman Insyaallah
berjaya
HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Apr2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan