Sabtu, 6 April 2013

PILIHLAH ABU TALIB




Dalam serah Nabi
Nama Abu Talib sangat terkenal
Dia bukan Muslim tapi
Kuat membantu Nabi s.a.w
Semasa mengundi
Kali ini anda kena berani
Berani
Menolak Abu Jahal
Menolak Abdullah bin Ubai
Abu Jahal semacam Barisan Nasional
Abdullah bin Ubai semacam Barisan Nasional
Dengan pemikiran yang rasional
Wajib tolak Barisan Nasional
Bantu secara total Pakatan Rakyat
P.R ada Buku Jingga
Dalam Pakatan ada banyak watak Abu Talib
Walaupun berlainan agama
Sanggup bekerjasama
Mahu Kerajaan Pusat yang wibawa
Mahu undang-undang zalim dimansuhkan
Mahu eratkan setiakawan
Di antara rakyat sekelian
Dengan berkuasanya Pakatan Rakyat
Negara jadi aman
Bebas dari dasar-dasar perkauman
Bebas dari korupsi
Rakyat dapat isi
Dari pimpinan bervisi
Dah lama dianaktiri
Dah ditipu oleh
Pimpinan berakhlak rendah
Dengan memilih manusia seperti Abu Talib
Negara Malaysia boleh maju jaya
Dengan beramanah
Pemerintahan di Putrajaya
Bebas dari tipu daya
Pasti terbela
Nasib kedua-dua anak Altantuya
Dibicara semula
Oleh Peguam Negara yang berwibawa
Yakinlah Pakatan Rakyat
Boleh memberikan kebaikan yang menyeluruh
Hanya kroni-kroni BN saja mengeluh



HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Apr2013


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan