Bila
bertambah ilmu, kuranglah ego
Bila
tandus ilmu membesarkan
Kebanggaan diri atau ego
Oleh itu kita perlu tambahkan ilmu
Dengan menghadiri majlis ilmu
Yang mudah
Selepas solat maghrib
Samada di surau atau di masjid
Belajar tajwid
Belajar tauhid
Baru kenal Allah sebenarnya
Baru berkata benar
Berani menentang yang mungkar
Dengan melaungkan Allahuakbar
Menumbangkan penzalim tidak sabar-sabar
Baca juga akhbar
Harakah
Suara Keadilan & Roket
Layar juga internet
Dengan ilmu bertambahlah keberanian
Menegakkan kebenaran
Wujudlah kemesraan
Sesama insan
Di dalam Negara Persekutuan
Wujudlah keamanan
Bila negara dipimpin
Manusia-manusia berilmu pengetahuan
Dengan satu tujuan
Mencari keredhaan Tuhan
HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Apr2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan