Rabu, 3 April 2013

RACUN-RACUN HATI



Racun
Bahaya bagi manusia
Bagi jasmani manusia
Lama menderita bagi mukmin lain pula
Sabar mendatangkan pahala
Di akhirat menanti bahagia
Bagi penzalim lain pula
Tandus pahala
Kekal berdukacita
Itu hanya cerita jasad kita
Sekarang kita berbicara
Tentang racun-racun hati
Pertama sekali ialah mulut
Merupakan liang-liang neraka
Suka mengumpat
Suka membuat fitnah
Apa sebab hati kosong dan keras
Sebab tidak berzikir
Simpan lidah
Suka menerima syarikat Yahudi
Ulama dunia membisu diri
Mencari ghaimah berlebihan
Dan menyokong para penzalim
Dari mulutnya keluar
Hujah-hujah menyokong kezaliman
Di akhirat tentu tak aman
Walaupun di dunia
Menguasai Bukit Aman
Racun kedua
Itulah mata
Adalah anak panah Iblis
Suka melihat benda-benda haram
Melihat duit rasuah
Melihat aurat wanita
Melihat video-video fitnah
Menanti seksa di bawah tanah
Racun ketiga
Itulah perut
Dipenuhi makanan
Dari sumber-sumber haram
Dari rasuah
Dari tipu pilihanraya
Dari salahguna kuasa
Bila pegang Putrajaya
Tiba Izrail terkaku segala-galanya
Tak berupaya
Apco World lesap ke Israel
Di sisi Allah semuanya kecil
Dalam neraka yang menyeksakan
Oleh itu
Fikirlah tuan dan puan
Bertaubatlah selagi ada
Nyawa di badan
Tinggalkan parti Kebangsaan
Lupakan Ketuanan Bangsa
Demi masa:
Sesungguhnya manusia itu
Berada dalam kerugian
Terutama sekali
Firaun, Qarun & Haman
Diikuti Abu Jahal dan Abdullah bin Ubai
Menyesal selama-lamanya



HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Apr2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan