Rabu, 24 April 2013

BODOH DALAM BERPOLITIK





Melihat orang Melayu
Mempamerkan ‘sticker” berbunyi
’Keluargaku Pengundi BN’
Hatiku pilu
Aku terlalu sedih
Darahku mendidih
Penipuan pimpinan Ketuanan Melayu bertindih-tindih
Orang kampung masih percaya
Tambah pula
Diberi BRIM 1 dan 2
Seolah-olah macam di syurga
Dipuji sampai ke langit
NFC saja dibolot RM 250 juta
Niatnya berniaga lembu
Habis duit disapu
Kata mereka
”apa salahnya dia keluarga Melayu’
Anak Mahathir dapat projek
Dari Petronas RM700 juta
”apa salahnya dia orang Melayu’
Cekdet ada harta
 Bernilai USD 44 bilion
”apa salahnya dia keturunan Melayu, hanya
bapanya saja dari Kerala, Selatan India
Mahathir kata Ibrahim Ali wira
Penyelamat orang Melayu
’kalau ada 500 orang serupa Ibrahim Ali
Majulah negara
Senyum kera
Senyum kura-kura
Kedengaran kera dan kura-kura berkata
”bodohnya orang-orang Melayu yang mengundi BN”
Aku setuju dengan kedua-dua haiwan itu
Tiba-tiba
Berubah hati pengundi-pengundi hantu
Dalam P.R rakyat bersatu
Bersatu dalam kepelbagaian
Mahukan perubahan
Mahu pilihanraya berseh
Mahu institusi-institusi awam bersikap profesional
Tolak pula Barisan Nasional
Tindakan yang paling rasional



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Apr2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan