Ahad, 7 April 2013

SAYA YAKIN





Saya yakin dengan kebaikan mendatang
Untuk negaraku
Untuk diriku
Dan untuk anak-anakku
Di dalam dunia yang bebas dari pemikiran sempit
Bebas dari hasutan perkauman
Bebas dari ugutan manusia berjiwa jembalang
Pernah kita hidup dalam aman masyarakat majmuk
Di dalam negara yang
Dikongsi bersama serta kemegahannya
Sekarang kita lihat wujud
Perasaan perkauman sempit
Di mana fikiran waras dari
Orang-orang baik memilih
untuk memilih sikap
“aku tak campur”
Sedang Malaysia adalah milik semua kaum
Datuk nenek kita berkorban
Untuk membangunkan negara ini
Oleh itu
Kita mesti mengembalikan kehidupan berbaik-baik
Di kalangan rakyat jelata
Kita perlukan negara yang berkasih sayang
Negara yang penuh dengan
Kebaikan dan saling hormat menghormati
Kita mahu negara yang bebas dari penindasan
Sebagai idaman dan impian murni
Biarlah negara tercinta ini
Maju semaju-majunya
Dalam suasana kegemilangan
Atasilah segala rintangan-rintangan
Dalam menuju kejayaan ini
Tanda kemurnian demokrasi
Kami mahu negara yang bebas dari rasuah
Negara yang dibina di atas
Landasan budi pekerti mulia
Kita perlukan negara yang bertamadun
Bebas dari manusia
Durjana dan kurang budi mulia
Rasuah menghakis kemurnian negara
Merosakan akar tunjang negara
Meninggalkan budaya jahiliah moden
Tanpa keupayaan untuk
Membangunkan negara tercinta
Rasuah menjadikan penindasan kaum
Sebagai gelanggangnya
Menghakis hak-hak asasi rakyat jelata
Oleh itu
Bertindaklah dengan penuh iltizam
Hapuskanlah dengan segera budaya kegelapan ini
Dengan semangat ingin berubah
Saya percaya Malaysia
Boleh bersinar sekali lagi
Jika semua rakyat
Yang berjiwa besar terus bersatu
Yang akan membolehkan
Negara kita maju semula
Dengan menggunakan hati nurani
Untuk bangkit semula
Saya percaya dengan angin perubahan ini
Untuk keselamatan Malaysia
Dengan menyapu bersih
Semua dasar-dasar yang menyeleweng
Serta zalim
Jadikanlah Malaysia
Betul-betul gemilang



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
j'Awal1434/Apr2013







HMS Abu Bakar
Sajak ini adalah terjemahan daripada:
Allan CF Goh bertajuk ”I  BELIEVE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan