Semua jenis manusia
Mempunyai cita-cita
Orang mukmin memikirkan Maha Pencipta
Orang kafir fikir hanya harta
Orang munafik pandai berdusta
Orang fasik menyalahguna seluruh anggota
Tiga golongan di akhirat menderita
Orang mukmin saja bersukacita
Cara halal mengumpul harta
Beramanah bila pegang takhta
Rasulullah s.a.w selalu mengingatkan kita
Jaga perut, mulut dan mata
Silap-silap jadi racun-racun hati
Bila keras hati
Bila hati mati
Perkara haram dianggap baik
Perkara maaruf dianggap salah
Boleh sedar bila kalah
Baru sedar bila masuk tanah
Baru sedar rugi ikut parti asobiyah
Baru USD 44 bilion tak berfaedah
Baru menyesal rambut sentiasa terdedah
Menyesallah tak sudah-sudah
HMS ABU BAKAR
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Apr2013
Seniman Paksi Rakyat (Paksi)
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Apr2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan