Sabtu, 27 April 2013

N 09 DUN PERMATANG




N 09
DUN Permatang
Yahya Sahri seorang yang matang
Gerombolan penzalim berani ditentang
Insyaallah kali ini terlentang
Walaupun undi hantu datang
Di masjid di surau sejadah-sejadah dibentang
Berjemaah sewaktu sembahyang
Lima kali sehari semalam
Tahaluf siyasi menguntungkan Islam
Ini orang Melayu di Permatang kena faham
Kaum Cina bukan musuh Melayu
Musuh Melayu ialah perasuah-perasuah
Dari UMNO
Anwar tidak sama dengan Sukarno
DSAI ada budaya juang
Di belasah, di penjara
Dia masih melawan kezaliman
Slogannya
Lawan tetap lawan
Selepas PRU-13 Putrajaya kita tawan
Tentulah dengan izin Tuhan
Oleh itu
Kita kena bersatu
Undi Yahya Sahri pada 5 Mei
Sudahlah tentu
Bila kita bersatu
Menang di depan pintu
Waktu malam keluar kalkatu
Nampak lampu terus terkam
Masyarakat majmuk boleh bersatu
Dengan mengikut hukum-hukam
Hanya Pakatan Rakyat saja faham



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Apr2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan