Isnin, 15 April 2013

GENAP UMUR 81 TAHUN



Hari Sabtu
8 Februari 2013
Dato A. Samad Said berumur 81 Tahun
Di Singapura Pak Samad di lahirkan
Di zaman Jepun berkuasa di Singapura
Kehidupannya bergelora
Rumah ayahnya dibom oleh Tentera Jepun
Tentera Inggeris tewas pada awal peperangan
Tiga tahun enam bulan
Kehidupan Pak Samad menyedihkan
Modal ibunya ialah
Membaca Surah Yaasin berulang-ulang kali
Akhirnya keluarga Pak Samad dilindungi Allah
Membesarlah Pak Samad di Singapura
Kemudian berhijrah ke Malaysia
Di atas jasanya
Pak Samad ditabalkan sebagai
Sasterawan Negara
Sekembali dari menunaikan Haji
Pak Samad menjadi berani
Berani berkata yang benar
Terlibat dalam Demonstrasi Jalanan
Dipilih jadi Pengerusi Bersama Bersih 3.0
Jadilah kehidupan Pak Samad membela rakyat
Mahu pilihanraya bersih
Bila pilihanraya bersih bererti
Penjenayah akan kalah
Ini kalilah
Semoga diizinkan Allah
Semoga saki baki umur Pak Samad
Diberkati Allah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Akhir1434/Apr2013



Tiada ulasan:

Catat Ulasan