Aku bersama Ustaz Nor Azli Musa |
12 April 2013
Setahun lagi bertambah umurku
Bermakna
Aku sudah hidup 74 Tahun masehi
Segala maksiat tetap ku jauhi
Gerun dengan azab Ilahi
Bilaku teliti pergerakan jasadku
Ternyata
Kekurangan berlaku di sana sini
Tapi menentang penzalim aku tetap berani
Berani kerana kebenaran
Ku pelajari dari Al-Quran
Syaitan adalah musuh bagi manusia sekelian
Modalku ialah ilmu pengetahuan
Aku perlu perbanyakkan amalan
Nabi Muhammad s.a.w tetap penunjuk jalan
Melalui hadis-hadis yang benar
Jadilah jiwaku segar
Setiap Isnin dan Khamis aku berpuasa sunat
Isteriku akan turut serta
Setiap Isnin dan Selasa aku hadir
Di kuliah Dhuha
Di Taman Che Wan, di Ipoh
Di temani isteri tercinta
Selesai kuliah Ustaz Wan
Aku deklamasi puisi
Kalau dihimpunkan puisiku
Tentulah lebih dari satu buku yang tebal
Yang penting bagiku
Ialah
Berdakwah melalui puisi
Aku juga mengajar di 10 tempat setiap bulan
Aku mengajar tentang Seerah Nabi
Nama bukunya ”Diplomasi Rasulullah S.A.W"
Untuk melengkapkan hujah-hujahku
Aku membaca buku-buku tentang kehidupan Nabi s.a.w
Inilah rutin hidupku, sementara menanti datangnya Izrail
Maklumlah
Setiap yang bernyawa pasti akan mati
Aku berharap aku mati dalam Islam
Matiku dalam iman dan taqwa
Itulah harapanku
Di Harijadiku tahun ini
Harijadi ke 74HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1434/Apr2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan