Khamis, 3 Mac 2011

PENGARUH WANITA

Zine El Abidin Ben Ali and his wife Leila Trabelsi
Hosni Mubarak with his wife Suzanne


Jika di Tunisia
Ada Leila Trabelsi
Jika di Mesir
Ada Suzanne
Jika di Britain
Ada Eyonne Ridley
Ada Lauren Booth
Dua wanita Inggeris
Meninggalkan agama keturunan
Dengan Islam terus beriman
Tinggalkan pola-pola perkauman
Terima perubahan
Terima keadilan
Menolak penyelewengan
Menolak kezaliman
Menolak ketuanan bangsa
Menolak penyalahguna kuasa
Zein El Abidin Bin Ali terlucut kuasa
Hosni Mubarak terlepas kuasa
Sekarang baru kenal Allah Maha Berkuasa
Keris telanjang menunggu masa
Semangat Pasir Salak hanya
Ada pada 2 orang tua
26 Februari 2011 bertemu muka
Tanpa iman menanti neraka
Tanpa amal soleh menanti seksa
Kaki pembohong di akhirat menderita
Penzalim-penzalim berdukacita
Sajak Aboo Al-Qassim dibaca
"Kepada penzalim-penzalim di seluruh dunia"
Zein El Abidin Bin Ali hina
Hosni Mubarak hina
Disebabkan 2 wanita
Leila dan Suzanne
Apa kurang dengan Malaysia
Ada Ringgit Malaysia


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Awal1432/Mac2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan