Sabtu, 5 Mac 2011

PANTUN MALAM KESENIAN PAKATAN

Memburu rusa dalam hutan
Dapat seekor rusa bintik
Banyak faedah menyokong Pakatan
Demokrasi di Malaysia lebih demokratik

Sebelum ke sawah makan nasi
Menjadi budaya orang kampung
Memilih pemimpin cara demokrasi
Dengan iman penyelewengan dikepong

Ada dua jenis kampung
Kampung tradisional dan kampung baru
Kerakusan penzalim wajib dikepong
Dengan dakwah dijadikan peluru

Tanjung Katong airnya biru
Tempat pelancong datang berehat
Altantuya mati terkena peluru
Ditembak mati ada muslihat

Tanam serai tanam halia
Tanam pula di luar kota
Niat Altantuya memang mulia
Merindui dua abang tercinta

Orang tua makan kanji
Makan waktu berbuka puasa
Manusia mulia kerana janji
Dilaksanakan bila Pakatan berkuasa

Puasa ada dua jenis
Puasa wajib dan puasa sunat
Senyuman wanita biasanya manis
Hingga Pak Samad pun berminat

Bunga ros berwarna merah
Menjadi kesukaan anak raja
Pak Samad janganlah marah
Anggaplah ini gurauan saja

Raja deman raja lekok
Di antara raja daun terup
Eloklah berhenti hisap rokok
Manis serbat bila dihirup

Letak Quran di atas rehal
Ambil wuduk sebelum dibaca
Bila harga barang-barang mahal
Salahlaku pemerintah wajib dicerca

Tanam jering tanam petai
Tumbuh subur dipinggir hutan
Malam ini kita bersantai
Berpuisi untuk kejayaan Pakatan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'awal1432/Mac2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan