Selasa, 15 Mac 2011

BACA YAASIN dan BACA PUISI



Usaha ini
Usaha murni
Daripada TERAS dan PAKSI yang berani
Berani
Membaca Yaasin
Mohon diselamatkan DBP
Daripada pupus ditelan kerakusan manusia lupa daratan
Manusia berjiwa syaitan
Daripada manusia ibarat harapkan pagar,
Pagar makan padi
Merosakkan DBP bukanlah budi mulia
Ini khianat namanya
Daripada membaca Yaasin diharap dapatkan cahaya
Dapatlah menawan Putrajaya
Pasti DBP menyinar semula
Penyelamatnya mendapat pahala
Pengkhianatnya mendapat bala
Baca puisi juga dapat pahala
Jika isinya membawa makna
Sastera Melayu terus dibina
Tahu kita nak ke mana
Dari dunia yang fana
Ke akhirat yang sempurna
Oleh itu hiduplah beragama
Jadikan tugas bersama
TERAS dan PAKSI tetap bekerjasama
Dalam usaha menyelamatkan DBP
Kita bertemu muka
Dengan roh Yaasin jatidiri kita bina
Kerjasama di antara pelbagai bangsa
Dengan menghormati kepelbagaian bahasa
Dengan ini teruskan berjasa
Selagi ada usia
TERAS dan PAKSI tetap mempertahankan DBP


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Mac2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan