Selasa, 22 Mac 2011

MENANTI MASA



I

Bila Sang Penguasa lupa  akhirat
Sekehendak hati dia buat
Penuh tipu muslihat
Dia ingat Allah tak lihat
Tanda roh tak sihat
Di akhirat pasti melarat

II

Bila Sang Penguasa lupa akhirat
Mudah lakukan khianat
Guna slogan"Dahulukan Rakyat"
Kos kehidupan terus meningkat
Daripada Apco Worldwide dapat nasihat
Sebuah syarikat Yahudi yang pekat
Ayat 120 Al-Baqarah tak ingat
Bahaya bagi umat
Kes jenayah terus meningkat

III

Bila Sang Penguasa lupa akhirat
Media masa dijadikan alat
Mengaburi mata rakyat
Nampak semuanya hebat
Di mana-mana 1 Malaysia dilihat dengan dekat
Anak luar nikah terus meningkat
Di sana-sini terdedah aurat
Bob Lokman dah taubat
Kebaikan Islam dapat dilihat
Puak Jahiliyah memang jahat
Cintakan dunia amat sangat
Lupalah seksa akhirat

IV

Bila Sang Penguasa lupa akhirat
Kumpul harta jadi matlamat
Kayakan kroni dan suku-sakat
Aktiviti lawan terus disekat
Lupa Internet boleh menyengat
Lupa Internet sedang menggugat
Bila rakyat celik maklumat
Riwayat Sang Penguasa akan tamat
Dirinya dekat dengan kiamat
Semuanya dah tak selamat
Bila PR kuasai Kerajaan Pusat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Mac2011

1 ulasan:

  1. Penguasa zalim,nanar,sasau akan dinanarkan disasaukan Allah..musuh Allah ..Allah akan jatuhkan tak lama lagi..apa yang berlaku di timur tengah menjadi iktibar tapi ya lah hati penguasa yg mati mana nampak semua itu..betul tak pak salleh?

    BalasPadam