Khamis, 17 Mac 2011

BOB LOKMAN



I

Bob Lokman
Sekarang sedar pentingnya iman
Berguna di sepanjang zaman
Berkualiti hidup Ibadurahman
Bergantung hidup dengan Tuhan
Jauhi segala tegahan
Berlebih-lebih hiburan
Hingga lupa tujuan hidup insan
Buat suruhan tinggal larangan
Menyedari inilah berubah Bob Lokman

II

Bob Lokman
Terkenal di dunia hiburan
Dia seorang pelakon
Dia penulis lirik lagu
Dia pengacara berbakat
Dia pelawak menggelikan hati penonton-penonton

III

Bob Lokman
Sekarang bersama-sama kumpulan orang beriman
Bersama-sama menentang kezaliman
Dengan penuh kegigihan
Memberi kesedaran
Tentang kehidupan masa depan
Ikut Islam cerah masa hadapan

IV

Bob Lokman
Sedar di hadapan menanti ujian
Perlu iman dan istiqamah
Bersama jemaah
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Budaya Jahiliah dekat nak musnah
Di tangan pemimpin beramanah
Dengan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah

V

Bob Lokman
Jadikan Nabi s.a.w sebagai pedoman
Jadikan sahabat-sahabat Nabi sebagai ikutan
Jadikan seni sebagai alat dakwah
Ajaklah remaja ke jalan keselamatan
Islam adalah agama keselamatan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Mac2011

1 ulasan:

  1. Allah yang membolak balikkan hati manusia..tahniah brother bob..

    BalasPadam