Khamis, 24 Mac 2011

RAKYAT GELISAH

"tak khurafat?"


I

Rakyat baik
Bila ulama dan umarak baik
Baru harga barang tak naik
Baru darah tinggi tak naik
Baru angin satu badan tak naik

II

Rakyat susah
Bila isteri-isteri penguasa jadi pengarah
Bila yang berkuasa tak amanah
Bila kepimpinan mengamalkan rasuah
Bila 'Ancak dan Tiang Seri' tak ambil kesah
Bila hukum Allah tak diendah
Aurat terdedah
Ramai Melayu penagih dadah
Ramai Melayu tak sembahyang
Ramai Melayu tak puasa
Ramai Melayu tikam ekor judi
Terima nasihat daripada kaum Yahudi
Sah Apco Worldwide syarikat Yahudi
Diam saja para mufti
Ini tanda ulama dunia
Sedap dulu, akhirat belakang kira
Menyokong yang berkuasa saja
Lupakan Allah
Lupakan Rasulullah
Dengan ini kekallah rakyat bermasalah
Mahu selamat, kena berubah
Ubahlah sekarang
Demi masa depan rakyat tersayang


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Mac2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan