Ahad, 6 Mac 2011

SENYUMAN



I

Bila melihat orang senyum
Bila yang senyum itu wanita
Hati lelaki berkata-kata
Dengan rakan-rakan terus bercerita
Nasib rakyat jelata
Terus menderita
Walaupun bangsa pegang takhta
Jadi PM sejak merdeka
Jadi TPM sejak merdeka
Menanti saja malapetaka
Ubah sekarang
Selamatkan Malaysia
Bersatu rakyat tanpa mengira bangsa
Pimpinan P.R mahu berjasa
Janji 100 hari bila pegang Putrajaya
Tawaran istimewa
Di PRU-13 berilah mandat

II

Orang dahulu menaiki tongkang
     Mencari rezeki di tempat lain
Di empat negeri jadi pembangkang
     Cepat pula naik angin

III

Pergi ke hutan jumpa telaga
     Tekak yang haus terasa lega
Dengan iman mudah ke syurga
     Jadikan P.R sebuah keluarga

IV

Tujuan utama membela rakyat jelata
Dengan janji terus dikota
Bila pegang kuasa
Mansuhkan ISA
Mansuhkan OSA
Orang beramanah jadi Peguam Negara
Pegawai profesional jadi Ketua Polis Negara
Kebajikan rakyat diambil kira
Dosa pahala diambil kira
Halal haram diambil kira
Asal manusia bukan kera
Ini hanya ciptaan Charles Darwin
Dalam P.R diwujudkan suasana "win-win"
Suasana menang-menang
PAS menang
DAP menang
PKR menang
Jiwa pemimpin pun tenang
Tiada niat hendak tipu orang
Berjanji sewaktu sembahyang
"sesungguhnya solatku, ibadatku
hidupku dan matiku adalah
untuk Allah, Tuhan semesta alam"
Ini janji orang Islam
Orang Islam dalam P.R
Tetap menunaikan janji
Non-muslim juga boleh berjanji
Janji setia dalam P.R
Janji mahu bebaskan Malaysia
Daripada perkauman sempit dan
Cakap tak serupa bikin
Dengan ini rakyat pun yakin
Setiakawan jadi pemangkin
Di Kedah rakyat dah yakin
Di Pulau Pinang rakyat dah yakin
Di Selangor rakyat dah yakin
Di Kelantan rakyat dah lama yakin
Yakin dengan pimpinan ulama
Menolak 'ulama dalam semak"
Menolak ketuanan bangsa
Mahu ketuanan rakyat
Mahu kesejahteraan rakyat
Mahu jadi hamba Allah yang sejati
Membersihkan hati
Dengan zikirullah kuatlah hati
Dengan Qiamulail kuatlah roh
Dengar tazkirah lepas Subuh
Dengan puasa sunat kuatlah ketahanan diri
Keredhaan Allah mudah dicari
Keharmonian kaum diutamakan
Baca doa sebelum makan
Cari rezeki yang halal
Dalam kubur semuanya disoal
Majoriti manusia menyesal
Mahu berbuat amal soleh
Mahu ikut Sunnah Nabi
Mahu baca Al-Quran
Mahu lakukan maaruf
Mahu jauhi mungkar
Mahu tinggalkan parti perkauman

V

Bila melihat pemimpin senyum
Ingin melaksanakan kehendak hukum
Tentulah
Hukum Hudud
Hukum Qisas
Ketaqwaan menjadi asas
Pegangan tauhid pun kemas
Baru ibadat tidak malas
Di akhirat Allah akan balas
Dengan syurga di bawahnya
Mengalir sungai-sungai
Yang menyejukkan pemandangan
Teruskanlah perjuangan
Buat suruhan tinggalkan larangan
Inilah asas kejayaan
Dimulai dengan senyuman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Mac2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan