Ahad, 13 Mac 2011

PERANAN PUISI DALAM PERJUANGAN

Hidup adalah perjuangan
Buat suruhan tinggal larangan
Dalam apa-apa keadaan
Disuruh Al-Quran
Petunjuk sepanjang zaman
Menjadi pegangan orang beriman
Menentang kezaliman
Menentang kemungkaran
Menentang diktator
Bukan dengan taktik kotor
Dengan niat yang jujur
Diniatkan kerana Allah
Setiap amalan berdasarkan niat
Mengikut kehendak syariat
Puisi juga boleh memikat
Dengan disusun ayat
Bulan Rabiulawal
Bulan kelahiran Nabi
Nabi Muhammad s.a.w
Dijiwai oleh umat Islam
Contoh terbaik
Sejak nukilan Aboo Al-Qassim Al-Shabbi
Ditulis sekitar tahun sembilan belas tiga puluhan
Berjudul
"Kepada penzalim-penzalim seluruh dunia"
Waktu itu di Tunisia
Penzalimnya ialah Perancis
Perancis telah menjajah Tunisia
Dengan menzalimi rakyat di Tunisia
Dilawan oleh Aboo Al-Qassim
Dengan puisi-puisi
Menaikkan semangat jihad melawan
Penjajah Kristian
Di hati Yahudi
Dirosakkan muda mudi
Dirosakkan dengan judi
Dinaikkan harga barang-barang keperluan harian
Dilebihkan hiburan
Berlakulah suasana
"ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian"
Budaya hedonis ini
Dikembangkan oleh syarikat kroni-kroni
Dikuasai oleh para bini-bini
Bini Zein El Abidin Ben Ali
Bernama Laila Trebalasi
Berlaku di Tunisia
Di Mesir
Dibebani Hosni Mubarak
Itulah Suzanne
Contoh dua wanita
Bertaraf 'First lady'
Wanita Pertama
Sekarang hidup hina
Budaya baru mari kita bina
Dengan iman di dada
Dengan ilmu yang ada
Pak samad masih ada
Sasterawan terkemuka
Sasterawan Negara
Menyedarkan masyarakat dengan pena
Masyarakat taqwa telah Nabi bina
Terlaksana di bumi Madinah
Asasnya pemimpin beramanah
Dibantu sahabat-sahabat yang bertaqwa
daripada kalangan Muhajirin dan Ansar
Dengan izin Allah Yang Maha Besar
Dengan melakukan yang maaruf
dan mencegah yang mungkar
Pimpinan di Tunisia bertukar
Pimpinan Mesir bertukar
Negara lain juga boleh bertukar
Perlu hanya bersabar
Perlu hanya iman dan istiqamah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Mac2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan