Isnin, 14 Mac 2011

JALANRAYA SUATU USAHA

Demontrasi di Dataran Tahrir, Mesir


I

Berhasrat ke Putrajaya
Mustahil melalui pilihanraya
Menghadapi berbagai tipudaya

II

Berhasrat ke Putrajaya
Penuh tipudaya
PRK macam hariraya
Tebar duit macam orang kaya

III

Berhasrat ke Putrajaya
Bukan melalui pilihanraya
Cubalah dengan jalanraya
Mohon kekuatan daripada Yang Maha Kaya
Contohilah
Sultan Salahuddin Ayubi
Dapat menawan Baitul Maqadis
Lihatlah
Sultan Muhammad Al-Fateh
Penakluk Kota Konstantinopel
Modal mereka
Iman
Kuat beribadat
Kuat kerohanian
Kuat ketahanan jasmani
Percaya dengan Hadis Nabi
Dibantu soldadu-soldadu yang berani
Berani kerana benar
Berkata benar depan penzalim
Berkawan baik dengan orang alim
Betul-betul Muslim

IV

Berhasrat ke Putrajaya
Melalui jalanraya
Mesti kuat jiwa
Mesti bertaqwa
Ada pada Sultan Salahuddin Ayubi
Ada pada Sultan Muhammad Al-Fateh
Setiap hari berlatih
Berdoa kepada Allah tak letih-letih
Melalui puasa sunat
Melalui solat malam
Melalui bacaan Al-Quran
Melalui doa berterusan
Menaruh belas kasihan terhadap rakyat sekelian
tanpa perasaan perkauman
Tanpa ketuanan bangsa
Dipunyai Yang Maha Kuasa
Perlu hanya berusaha
membina jatidiri
Daripada bimbingan pimpinan bistari
Keredhaan Allah dicari
Boleh melalui puisi
Contoh terbaik
Penyajak Tunisia
Melawan Perancis terkorban nyawa
Masa muda
Hidup hanya 25 tahun
Puisinya
Menggerunkan penjajah Perancis
Di bumi Tunisia
Seorang wira yang mulia
Aboo Al Qasim Al Shabbi
Melalui sajak-sajak
Menggerakkan jiwa anak negeri
Selepas 77 tahun berlalu
Pada awal tahun 2011
Berduyun-duyun rakyat Tunisia berkumpul di jalanraya
Menang rakyat bukan dengan pilihanraya tapi
Dengan jalanraya
Hosni Mubarak juga tumbang
Dengan demontrasi di jalanraya
Kita kena percaya
Kemenangan bukan melalui pilihanraya

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Mac2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan