Jumaat, 18 Mac 2011

PANTUN BERKAIT ELAKKAN TERUS TERTIPU



Waktu malam guna lampu
Boleh melihat jalan di depan
Lama sudah Melayu ditipu
Berubah sebelum badan dikapan

Boleh melihat jalan di depan
Selamat daripada terjatuh longkang
Berubah sebelum badan dikapan
Dengannya UMNO jadi pembangkang

Selamat daripada terjatuh longkang
Boleh meneruskan mencari rezeki
Dengannya UMNO jadi pembangkang
Baru tamat politik dengki-mendengki

Boleh meneruskan mencari rezeki
Di bumi Malaysia yang merdeka
Baru tamat politik dengki-mendengki
Selamatlah Melayu daripada Neraka

Di bumi Malaysia yang merdeka
Berbagai kaum tinggal bersama
Selamatlah Melayu daripada Neraka
Dengan jemaah beri kerjasama

Berbagai kaum tinggal bersama
Dari sejak zaman dahulu
Dengan jemaah beri kerjasama
Berbuat maksiat terasa malu

Dari sejak zaman dahulu
Tanah Melayu tempat bertemu
Berbuat maksiat terasa malu
Menuntut ilmu tak jemu-jemu

Tanah Melayu tempat bertemu
Dari China datang berdagang
Menuntut ilmu tak jemu-jemu
Mudah hilang suasana tegang

Dari China datang berdagang
Ada juga kahwin campuran
Mudah hilang  suasana tegang
Bila beramal ikut Al-Quran

Ada juga kahwin campuran
Di antara Melayu dan Cina
Bila beramal ikut Al-Quran
Suasana harmoni boleh dibina

Di antara Melayu dan Cina
Orang India ada juga
Suasana harmoni  boleh dibina
Betul aqidah bahagialah keluarga

Orang India ada juga
Maju jaya keturunan mereka
Betul aqidah bahagialah keluarga
Di akhirat selamat daripada api neraka

Maju jaya keturunan mereka
Di antaranya Tun Dr Mahathir
Di akhirat selamat daripada api neraka
Puak jahiliyah kenalah fikir


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
R'Akhir1432/Mac2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan