Ahad, 1 Februari 2015

PANTUN TUGAS SAHABAT NABI

Orang menjahit di muka pintu
Kitab terbentang dalam masjid
Usahakan supaya umat bersatu
Perlu dipimpin oleh mujahid

Kitab terbentang dalam masjid
Ada majlis ilmu selalu
Perlu dipimpin oleh mujahid
Membuat maksiat eloklah malu

Ada majlis ilmu selalu
Berpandukan buku Diplomasi Rasulullah
Membuat maksiat eloklah malu
Baru kerja iblis bermasalah

Berpandukan buku Diplomasi Rasulullah
Menceritakan kehebatan peribadi Nabi
Baru kerja iblis bermasalah
Walaupun ujian datang bertubi-tubi

Menceritakan kehebatan peribadi Nabi
Setiap waktu berkeadaan sabar
Walaupun ujian datang betubi-tubi
Dakwah tetap perlu disebar

Setiap waktu berkeadaan sabar
Musuh pula jadi kawan
Dakwah tetap perlu disebar
Hati non-muslim ditawan

Musuh pula jadi kawan
Abu Suffian contoh terbaik
Hati non-muslim ditawan
Agama Islam terus naik

Abu Suffian contoh terbaik
Di Uhud memimpin tentera kafir
Agama Islam terus naik
Pada awal-awalnya tak terfikir

Di Uhud memimpin tentera kafir
Tentera Nabi hampir kalah
Pada awal-awalnya tak terfikir
Berjaya dengan pertolongan Allah

Tentera Nabi hampir kalah
Khalid Al-Walid belum Islam
Berjaya dengan pertolongan Allah
Berkat solat di waktu malam

Khalid Al-Walid belum Islam
Seorang panglima yang hebat
Berkat solat di waktu malam
Membantu Nabi tugas para sahabat

Seorang panglima yang hebat
Selepas Hudaibiyah masuk Islam
Membantu Nabi tugas para sahabat
Ilmu mereka cukup mendalam


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan