Sabtu, 14 Februari 2015

GEMBIRA DI PENJARA


Anwar di penjara
Musuhnya gembira
Anwar juga gembira
Di Sungai Buluh tempat kira bicara
Yang wajib buat segera
Taubat sebanyak-banyaknya
Allah boleh ampunkan dosa hambanya
Mohonlah sedaya-upaya
Masih ada peluang ke Putrajaya
Bila keluar umur Anwar baru 73 tahun
Nelson Mandela jadi Presiden Afrika Selatan
Umurnya 80 tahun
Meninggal dunia 90 tahun
Insya-Allah Anwar panjang umur
Lima tahun di Penjara Sungai Buluh
Masa hadapan boleh disuluh
Melalui solat malam
Melalui puasa sunat
Melalui istiqfar
Melalui pembacaan
Utama sekali Al-Quran
Surah Yusof penuh pengajaran
Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan
Juga boleh ambil pelajaran
2 daripada 3 hakim masuk neraka
Pada 10 Februari 2015 nampak ceria
Ingat Ariffin Jaka
Ingat Agustine Paul
Ingat Mokhtar Abdullah
Ingat Pope John Paul
Semua di  alam akhirat sekarang
Anwar masih hidup sekarang
Anwar boleh menulis
Anwar boleh membaca
Anwar boleh beribadat
Dalam penjara badannya tentu bertambah sihat
Dalam penjara ada tempat riadhah
Dalam penjara ada masjid
Dalam penjara ada doktor perubatan
Oh!
Bahagianya Anwar dalam penjara
Musuh-musuh menyangka Anwar akan lemah semangat
Anwar seorang pejuang
Anwar pencetus Reformasi
Masih ramai penyokong reformasi dinegara ini
Mahu wujudkan masyarakat madani
Dengan ini saya
Yakin Anwar
Akan kembali
Menyelamatkan negara dari bankrupsi
Reformasi
Reformasi
Reformasi


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan