Isnin, 2 Februari 2015

PANTUN PENTINGNYA SYARIAT


Dari Ahad hingga Sabtu
Orang solat lima waktu
Puak asobiyah menyeru bersatu
Ketuanya bertaraf otak kalkatu

Orang solat lima waktu
Pergi ke masjid untuk berjemaah
Ketuanya bertaraf otak kalkatu
Mengkayakan diri melalui rasuah

Pergi ke masjid untuk berjemaah
Cara ini mengikut sunnah
Mengkayakan diri melalui rasuah
Nasib rakyat punah-ranah

Cara ini mengikut sunnah
Pahala diperolehi berganda-ganda
Nasib rakyat punah-ranah
Tonton televisyen penuh propaganda

Pahala diperolehi berganda-ganda
Dilakukan oleh yang beriman
Tonton televisyen penuh propaganda
Negara makmur dan aman

Dilakukan oleh yang beriman
Puasa sunat Isnin Khamis
Negara makmur dan aman
Di Kuala Lumpur sifar pengemis

Puasa sunat Isnin Khamis
Baik untuk kesihatan badan
Di Kuala Lumpur sifar pengemis
Dari Apco Worldwide ambil teladan

Baik untuk kesihatan badan
Berbuka pula dengan kurma
Dari Apco Worldwide ambil teladan
Tinggal Islam pada nama

Berbuka pula dengan kurma
Lepas itu solat maghrib
Tinggal Islam pada nama
Kurang yakin hal-hal ghaib

Lepas itu solat maghrib
Kuliah agama dinanti-nanti
Kurang yakin hal-hal ghaib
Terbeliak mata bila mati

Kuliah agama dinanti-nanti
Bawa juga buku nota
Terbeliak mata bila mati
Alam akhirat penuh derita

Bawa juga buku nota
Catat apa yang bermanfaat
Alam akhirat penuh derita
Baru sedar pentingnya syariat


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan