Selasa, 10 Februari 2015

PANTUN JADI KELIRU


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Nampaknya bermaharaja Zionis Yahudi
Berani buat kerja larangan

Mawar merah dalam jambangan
Jadikan hiasan dimajlis perkahwinan
Berani buat kerja larangan
Menakluki dunia jadi keinginan

Jadikan hiasan di majlis perkahwinan
Artis pujaan di atas pelamin
Menakluki dunia jadi keinginan
Amerika Syarikat menjadi penjamin

Artis pujaan diatas pelamin
Diapit oleh pelakon berbakat
Amerika Syarikat menjadi penjamin
Pengaruh jihad cuba disekat

Diapit oleh pelakon berbakat
Rupa cantik lagi menawan
Pengaruh jihad cuba disekat
Dengan duit hatipun tertawan

Rupa cantik lagi menawan
Boleh ditonton di kaca television
Dengan duit hatipun tertawan
Termasuk yang dah pencen

Boleh ditonton di kaca television
Pelakon wanita bertudung lengkup
Termasuk yang dah pencen
Berdua-duaan semasa dicekup

Pelakon wanita bertudung lengkup
Dalam drama berbentuk dakwah
Berdua-duaan semasa dicekup
Nafsu naik melimpah-ruah

Dalam drama berbentuk dakwah
Diselitkan juga ajaran sesat
Nafsu naik melimpah-ruah
Diam saja Kerajaan Pusat

Diselitkan juga ajaran sesat
Ketua kumpulan Tok Ayah
Diam saja Kerajaan Pusat
Missionari Kristian teruskan dakyah

Ketua kumpulan Tok Ayah
Asas penarik permainan silat
Missionari Kristian teruskan dakyah
Kalimah “Allah” sebagai alat

Asas penarik permainan silat
Sangat taksub kepada Guru
Kalimah “Allah” sebagai alat
Yang jahil jadi keliru


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan