Rabu, 11 Februari 2015

PANTUN PERGIATKAN DAKWAH

Rumpun keladi pinggir jalanan
Layu merah disinari mentari
Melihat K-Pop hati berkenan
Kalau boleh dijadikan isteri

Layu merah disinari mentari
Terbit dari arah timur
Kalau boleh dijadikan isteri
Malangnya dah lanjut umur

Terbit dari arah timur
Terang benderang sebahagian alam
Malangnya dah lanjut umur
Dia pula bukannya Islam

Terang benderang sebahagian alam
Mudah petani pergi ke sawah
Dia pula bukannya Islam
Eloklah kita pergiatkan dakwah

Mudah petani pergi ke sawah
Mencari rezeki menanam padi
Eloklah kita pergiatkan dakwah
Dengannya tersekat pengaruh yahudi

Mencari rezeki menanam padi
Keluar pagi balik petang
Dengannya tersekat pengaruh yahudi
Budaya lucah wajib ditentang

Keluar pagi balik petang
Masuk zohor terus solat
Budaya lucah wajib ditentang
Tolak juga pimpinan mengelat

Masuk zohor terus solat
Di atas dangau tempat berteduh
Tolak juga pimpinan mengelat
Sesama jemaah elakkan bergaduh

Di atas dangau tempat berteduh
Selepas solat bekerja semula
Sesama jemaah elakkan bergaduh
Dengannya mudah dapat pahala

Selepas solat bekerja semula
Dalam hati ingatkan Allah
Dengannya mudah dapat pahala
Boleh selesai banyak masalah

Dalam hati ingatkan Allah
Ini amalan ahli sufi
Boleh selesai banyak masalah
Bila haus minumlah kopi

Ini amalan ahli sufi
Merantau berjauhan menyebar dakwah
Bila haus minumlah kopi
Ingat nasib rakyat dibawah

Merantau berjauhan menyebar dakwah
Bertapaklah Islam ke Tanah Melayu
Ingat nasib rakyat dibawah
Inilah intisari ajaran wahyu


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan